Assalammualaikum dan selamat membaca

Sunday, 3 July 2011

ROUTER

Ni plak cita tentang router…
Router


contoh router:

router inti Avaya ERS-8600


Penghala (bahasa Inggeris: router) merupakan sejenis peralatan komputer yang berfungi untuk menghalakan paket-paket data dalam jaringan. Penghala biasanya menjalankan sistem pengendalian tersendiri. Penghala yang lebih mahal memiliki banyal pempropes dan ASIC dan berupaya untuk menjalankan pemprosesan selari. Walau bagaimanapun, dengan perisian yang sesuai (seperti SmoothWall, XORP atau Quagga), PC biasa juga boleh bertindak sebagai penghala.

Fungsi
Penghala (Router) berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian komputer yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

Kelebihan penghala
·         Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian internetwork.
·         Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.
·         Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.
·         Menghalang Ribut Siaran (broadcast storm) dari tersebar keseluruh bahagian jaringan

IPv6

Protokol Internet versi 4 (IPv4) merupakan semakan keempat dalam pembangunan Protokol Internet (IP) dan ia merupakan veris pertama yang dilaksanakan secara meluas. Bersama-sama dengan IPv6, ia merupakan teras kaedah antara jaringan berasaskan piawaian bagi Internet. IPv4 masih lagi setakat ini merupakan protokol Lapisan Internet yang paling digunakan secara meluas. Pada 2010[update], pelaksanaan IPv6 masih lagi belum matang.
IPv4 telah diperihalkan dalam RFC 791 penerbitan IETF (September 1981), menggantikan takrifan yang lebih awal (RFC 760, Januari 1980).
IPv4 adalah protokol tanpa sambungan untuk digunakan pada jaringan Lapisan Pautan bersuis paket (seperti Ethernet). Cara ia beroperasi adalah mengikut model penghantaran sehabis baik, di mana ia tidak menjamin penghantaran, juga tidak menjamin penjujukan yang wajar, atau mengelakkan penghantaran berganda. Aspek-aspek ini, termasuklah kewibawaan data, diuruskan oleh protokol pengangkutan protokol lapisan atas (seperti Protokol Kawalan Penghantaran).

IP versi 4

·        Ada 4 octet,32 bit

·        Ada 4 class IP Address

·        Pengiraan penggunaan 2^3


Protokol Internet versi 4 (IPv4) merupakan semakan keempat dalam pembangunan Protokol Internet (IP) dan ia merupakan veris pertama yang dilaksanakan secara meluas. Bersama-sama dengan IPv6, ia merupakan teras kaedah antara jaringan berasaskan piawaian bagi Internet. IPv4 masih lagi setakat ini merupakan protokol Lapisan Internet yang paling digunakan secara meluas. Pada 2010
pelaksanaan IPv6 masih lagi belum matang.

IPv4 telah diperihalkan dalam RFC 791 penerbitan IETF (September 1981), menggantikan takrifan yang lebih awal (RFC 760, Januari 1980).

IPv4 adalah protokol tanpa sambungan untuk digunakan pada jaringan Lapisan Pautan bersuis paket (seperti Ethernet). Cara ia beroperasi adalah mengikut model penghantaran sehabis baik, di mana ia tidak menjamin penghantaran, juga tidak menjamin penjujukan yang wajar, atau mengelakkan penghantaran berganda. Aspek-aspek ini, termasuklah kewibawaan data, diuruskan oleh protokol pengangkutan protokol lapisan atas (seperti Protokol Kawalan Penghantaran).

 


  • Private Address - untuk kegunaan dalaman
    • Range Class A - 10.0.0.0 - 10.255.255.255
    • Range Class B - 172.16.0.0 - 172.31.255.255
    • Range Class C - 192.168.0.0 - 192.168.255.